Ibu bapa yang dihormati, anda dibawa ke halaman ini kerana anak anda telah melupakan kata laluannya ke platform Frog VLE.
Anda hanya perlu mengambil beberapa langkah mudah untuk menetapkan semula Kata Laluan VLE anak anda!
Langkah 1 : Log masuk ke platform FrogVLE menggunakan url: http://<kodsekolah>.1bestarinet.net
(Nota: <kodsekolah> yang perlu dimasukkan adalah kod sekolah anak anda)
Langkah 2: Di halaman Utama klik ikon teratas pada bahagian kanan skrin. Klik “Preferences atau Keutamaan”.
Langkah 3 : Klik “Change Password ” pada panel navigasi kiri. Klik butang “Change Password” di bahagian tengah skrin.
Langkah 4: Pada skrin pop-up , pilih dari senarai dropdown nama anak yang anda ingin menukar kata laluan Frog VLE.
Langkah 5 : Butiran anak anda akan dipaparkan untuk pengesahan.
Langkah 6: Masukkan kata laluan baru untuk anak anda. Kata laluan mesti merangkumi 8 - 16, simbol, dan abjad angka, (hanya menerima "+" dan "_" untuk simbol khas. Klik "Save" setelah selesai.
Tahniah! Kata laluan anak anda telah ditetapkan semula, anak anda boleh mula mengakses FrogVLE untuk pembelajaran dan ulangkaji!